Chang Kah Loon

Chang Kah Loon
Chartered Logistician (UK) * Certified Professional Logistician (Aust) * Certified Transport Planner (Aust) * 特许物流师 * 特许交通规划师

Wednesday, December 17, 2008

Tiada sebab mansuhkan sekolah vernakular

Tiada sebab kukuh untuk sistem persekolahan vernakular dimansuhkan.

Menurutnya, ini berikutan prestasi akademik mereka amat memberangsangkan.

Kalau prestasi mereka menurun, cadangan yang dikemukakan oleh Datuk Mukhriz boleh diterima akal.

Tetapi, sekolah vernakular menghasilkan ramai pemimpin dan usahawan berjaya dalam pelbagai bidang, malahan pandai bertutur dalam pelbagai bahasa termasuk bahasa kebangsaan kita.

Cadangan Ahli Parlimen Jerlun untuk memansuhkan sistem persekolahan vernakular dan digantikan dengan sistem menggabungkan semua aliran persekolahan tidak dapat diterima.

Walaupun Mukhriz mendakwa ia rasional dengan tujuan menyatukan semua kaum di bawah satu sistem persekolahan namun cadangannya itu boleh membawa kepada perpecahan kaum.

Isu sekolah vernakular sepatutnya tidak disentuh tetapi beliau boleh mengemukakan cadangan lain yang boleh diterima oleh masyarakat berbilang bangsa di negara ini.

Kepentingan mempelajari bahasa Tamil dan Cina tidak diketahui oleh sesetengah pihak.

Menurutnya, bahasa Tamil dan Cina amat diperlukan dalam urusan eksport dengan negara luar kerana negara China dan India merupakan pemasaran eksport utama di negera kita.

Sekurang-kurangnya 60 peratus daripada eksport negera ini, adalah untuk negara India dan China dan jika kita tahu bahasa mereka, mereka lebih selesa untuk berunding dengan orang tempatan dan akan membantu lagi meningkatkan prestasi ekonomi negara.

Pertumbuhan ekonomi di Malaysia melalui pelbagai bahasa (multilingualism).

Source: Front Page on Sinar Harian on 9 December 2008

You may visit International Multilingual Research Journal (IMRJ), by Lawrence Erlbaum Associates and Arizona State University.

No comments: